Rawatan gigi braces untuk senyuman yang menawan untuk gigi bertindih.
Macam mana gigi bertindih boleh berlaku?
- Di sebabkan genetik atau keturunan.
- Berkemungkinan size rahang dan gigi tidak sama seperti rahang yang kecil tetapi menpunyai gigi yang besar.
- Kesan cabut gigi susu awal menyebabkan pergerakkan gigi lain dan mengganggu pertumbuhan gigi kekal.
Jika gigi anda sedemikian jangan risau. Kita ada:
4 Cara perbetulkan gigi yang bertindih
- Braces
- Invisalign
- Veneer
- Sculpting
Braces
Rawatan gigi braces menggunakan braket pada hampir semua gigi dan menggunakan wire untuk menarik bagi membetulkan gigi yang tidak teratur ke landasan sepatutnya.
Invisalign
Sejenis plastik yang mempunyai kegunaan yang sama seperti braces tetapi ia boleh di buka pasang bagi menolak gigi yang tidak teratur ke landasan yang betul.
Venner
Sekiranya perlu kita akan trim bahagian depan gigi dan memasang satu lapisan tampalan atau seramik untuk mengembalikan/bentuk rupa gigi.
Sculpting
Gigi akan di trim terutama gigi yang bertindih jika perlu kita akan membuat tampalan bagi nampak tersusun.
Dr. Muhammad ‘Ifran Hadi
Dental Surgeon