Implan gigi

Implan gigi atau dalam bahasa english “Implants” ialah salah satu rawatan pergigian yang ada bagi menggantikan gigi yang telah hilang. Proses implan gigi ini telah diterima secara meluas oleh masyarakat disebabkan oleh keupayaanya untuk bercantum dengan tisu tulang, walaupun kosnya adalah lebih mahal tapi ia adalah yang terbaik dari segi kos dan masa.

Apa itu implan gigi atau dental implant?

Implant adalah sejenis bahan seperti skru yang akan diletakkan dalam tulang rahang untuk mengantikan gigi yang hilang untuk menganti akar gigi.

Siapa yang perlukan implan gigi?

Kepada sesiapa yang kehilangan gigi seperti kemalangan, gigi terkeluar, gigi yang patah, gigi yang rosak teruk yang tidak boleh dikembalikan semula menggunakan treatment gigi yang lain. Dental Implant adalah solusi terbaik untuk mengantikan gigi dan tidak perlu melakukan aktiviti buka dan pasang gigi setiap hari.

Proses pemasangan dental implant menyakitkan ke tidak?

Rawatan ini tidak menyakitkan ia seperti rawatan cabut gigi dimana kedua-duanya akan di beri suntikkan bius atau ubat pelali. Tiada rasa sakit ketika memasukkan skru hanya rasa sengal-sengal dalam 2-3 hari dan kita juga akan memberi ubat tahan sakit sebagai sampingan. Selepas 2-3 hari gigi akan rasa seperti biasa.

Boleh Kongsikan proses pemasangandental implant?

Temujanji yang pertama akan berjumpa dengan doctor untuk rundingan, X-Ray, 3D Scan dan berapa dalam dah masuk.

Pertama kita akan masukkan skru sekiranya perlu tambah tulang kita ada pertambahan tulang dan kita akan jahit untuk tutup.

Untuk temujanji kedua selepas tempoh 2-3 bulan dimana Implant telah kukuh dan melekat dengan tulang. Mulalah proses membuat acuan dengan mengambil bentuk acuan yang akan di hantar ke lab. Selepas 2-3 minggu crown yang di hasilkan boleh terus di pasang dan anda akan mendapat gigi baru.

Berapa kali pertemuan untuk dental implant?

Perlu hadir 2-3 kali untuk pemeriksaan. Semuanya bergantung keadaan tulang rahang.

Berapa had umur sesuai pasang dental implant?

Dalam 17-18 tahun ke atas di mana tulang sudah cukup matang dan sudah sempurna membesar.

Source:

Dr.Muhammad ‘Ifran Hadi
Medini Dental Surgeon