Sejak dari sekolah rendah aku dah diberi banyak gelaran. Dan aku benci semua gelaran tu bila ada yang memanggil. Gelaran yang menyebabkan aku trauma dari kecil sampai sekarang. Gelaran yang membuatkan aku insecure dan membenci diri aku sendiri.
Waktu sekolah tu “Body Shaming” dianggap benda yang normal di kalangan kanak-kanak. Rupa aku tak handsome atau cantik macam orang lain. Gigi agak kedepan. Bila bercakap lebih sikit, kadang air liur menjejes. Kadang bila bercakap, air liur tersembur. Aku memilih jadi seorang yang pendiam untuk mengelakkan daripada jadi bahan ejekkan dan mengelakkan daripada menimbulkan rasa jijik orang lain. Gelaran jo, gigi, hantu gigi, gigi cangkul, dan macam-macam lagi, semua tu dah selalu menitip di bibir kawan-kawan aku.
“Jo” panggilan yang lekat sampai lah aku berada di zaman universiti. Aku tak pernah rela dan redha dengan panggilan selain daripada nama yang diberi oleh Ibu dan abah aku.. Tapi apa aku boleh buat? Sekuat mana pun menidakkan, sekuat mana pun aku membenci panggilan tu, itu lah nama yang disebut setiap kali orang memanggil aku.
Aku bukan dari keluarga yang senang.. Jadi, untuk buat braces yang memakan modal beribu-ribu tu aku memang tak tergamak nak meminta dari ibu dan abah. Sampai lah satu hari ternampak iklan braces lalu di Facebook yang harganya serendah RM500. Memang tak tunggu, terus bertanya details tentang iklan yang dibuat. Hairan sebab rata-rata klinik mengenakan bayaran RM4,000 ke atas.
Katanya, braces yang dijualnya adalah jenis yang boleh dipakai sendiri tanpa memerlukan pemasangan dari Doktor gigi. Dia dapat dengan harga yang murah kerana barangnya di beli direct dengan supplier serta tidak memerlukan kos operasi klinik memandangkan pemasangan braces tersebut dibuat di rumah. Dia kepilkan sekali gambar-gambar testimoni dari pelanggan- pelanggannya sebelum ini.
Dia berjaya menarik minat aku dan berjaya buat aku percaya dengan hasil yang bakal aku peroleh.. Lebih 3 bulan aku ikat perut dengan berbekalkan duit belanja dari PTPTN untuk aku kumpulkan demi untuk merawat gigi aku ni.
Bila duit dah cukup, aku terus pergi untuk buat pemasangan braces tersebut. Katanya braces ni tak memerlukan aku untuk datang secara berkala kerana ia self-adjusting. Memang direka untuk membentuk dan meluruskan gigi secara automatik. Kecetekan ilmu aku pada waktu tu membuat aku percaya bulat-bulat dengan setiap apa yang diperkatakan.
Sejak dari pemasangan itu, aku melangkah ke kampus dengan perasaan yang yakin dan bangga. Walaupun gigi belum lagi menampakkan perubahan, tapi bagi aku, ini lah titik mula aku. Permulaan yang mampu mengubah hidup aku dan mengubah persepsi orang lain terhadap aku. Aku nak orang tahu yang gigi jongang itu bukan pilihan aku, tapi aku memilih untuk merawat. Ini effort aku..
9 bulan berlalu, dan aku pun dah berjaya menamatkan pengajian. Terus di serap masuk bekerja selepas tamat practical di sebuah syarikat swasta di Johor Bahru. Selama 9 bulan pakai braces, belum nampak lagi tanda-tanda perubahan pada gigi. Aku dah mula sedikit gelisah..
Tak lama selepas itu, gigi aku mula rasa sakit sewaktu mengunyah.. Aku cuba contact semula seller yang menjual braces ni untuk bertanya adakah sakit ni normal disebabkan proses gigi yang mula berubah posisi. Selama tiga hari berturut-turut segala pertanyaan aku tidak dijawab, panggilan telefon daripada aku satu pun tak diangkat. Aku dah tak mampu menahan sakit. Aku decide untuk ke Klinik Pergigian Medini Mount Austin atas recommendation dari rakan sekerja aku.
Masuk bilik rawatan, jumpa dengan Doktor, tak semena aku dimarah.
“Kenapa awak pakai braces ni? Ni fake braces. Cukup setahun pakai, gigi tak lurus, silap-silap luruh gigi yang ada. Fake braces ni tak buat gigi jadi lurus, dia lagi rosakkan alignment gigi.”
Terkejut bila aku dengar penjelasan Doktor. Doktor beritahu yang gigi aku sakit disebabkan fake braces ni menarik gigi aku tu dan beri stress yang lebih pada gigi. Nasib baik tak bertangguh. Kalau tak, mungkin alignment akan lari dengan lebih teruk dan mungkin ada gigi yang akan rosak. Dan aku dikira bernasib baik mulut tak keradangan, bengkak atau terkena infection kerana fake braces ni dibuat daripada kualiti bahan yang tak sepatutnya digunakan pada bahagian dalam mulut.
Doktor membuka fake braces yang ada dalam gigi aku. Sambil-sambil tu aku bertanya tentang harga braces di klinik ni. Setelah dijelaskan Doktor, baru aku tahu yang braces ni boleh dibayar secara bulanan. Bukan terus bayar sedebuk. Memandangkan sekarang aku dah pun bekerja, aku decide untuk buat treatment braces. Kali ni, no more cheapskate, no more braces yang datangnya entah dari mana, no more pemasangan yang dibuat oleh orang yang tak bertauliah.
Cerita ni dah dua tahun pun berlalu.. Tapi sampai sekarang aku ingat. Niat nak merawat gigi, tapi kaedah aku ambil dulu adalah untuk merosakkan gigi. Elok gigi ada, boleh hilang semua gigi. Aku tak sanggup nak bayangkan. Kalau lah aku tak berjumpa dengan Doktor tu, mungkin sekarang aku lagi membenci diri aku. Alhamdulillah selama aku pakai braces, aku nampak perubahan yang sangat ketara. Gigi aku pun dah nampak semakin align. Tak sabar rasanya tunggu masa braces ni boleh dibuka nanti. Terima kasih Klinik Pergigian Medini..