Sempena cuti yang PM10 bagi dan cuti Piala Malaysia untuk negeri Johor hari tu, kemain seronok lagi dapat cuti 4 hari. huhu.
.
Lepas diumumkan tu saya dan husband berbincang kemana kami nak bawa anak berjalan. Ye lah, duduk kat rumah je pun tepu juga cuti lama ni. Jadi, memandangkan kami dah 5 tahun pindah dari Bangi sebab husband bertugas di Johor, rasa rindu nak pekena Satay Kajang.
.
So, saya pun siapkan dan pack baju-baju dan kelengkapan untuk bermalam 1 hari di Hotel disana. Kemudian kami terus memulakan perjalanan. Perjalanan ambil masa dalam tiga jam setengah dari Johor.
.
Kami bergerak terus menuju ke Hotel Le Méridien Putrajaya. Hotel ni memang pilihan pertama kami bila sampai sini, sebab sangat-sangat selesa dan bersih. Kami tiba dalam pukul 1 tengahari. Terus check in hotel, unpack dan melunjur kaki sambil baring-baring sekejap. huhu. Tak lama tu, boleh pula anak-anak ajak mandi dulu dekat pool dia. Perut dah berkeroncong ni. Diorang ni tak lapar ke? Tapi tak apa, kita layankan je.
.
Dalam pukul 3.30 petang memasing dah penat berendam, baru lah perut diorang ni rasa lapar. ? Maka kami anak beranak pun berbondong-bondonglah ke Sate Kajang Hj.Samuri pekena satay yang dah lama kami craving. Tak tahu la “kami” ke “saya” ? Sebab yang hantu satay tu saya je ?
.
Jadi bila sampai, terus order satay ayam 15, daging 20, kambing 20. Kemain lagi hengko. Makan 4 orang je? Boleh bayangkan tak 5 tahun tak merasa makan satay yang dipenuhi dengan rempah ratus. Setiap kali gigi menikam masuk ke dalam satay daging yang panas-panas, melimpah semua juiciness dan rempah ratus yang terperap di dalam daging masuk ke dalam mulut, dipadankan pula dengan kuah sambal kacang yang pedas, masin, manis melengkapkan rasa satay tu. Fuhhh. 5 tahun termimpi mimpi saat ni.. Over betul ?
.
Bila satay dah terhidang saya menjamu dengan penuh nikmat 4 batang satay ayam. Masa tu semua kenangan sepanjang duduk Bangi terimbas semula macam “flashback”. Bila masuk satay ke 5, disuap ke dalam mulut, tiba-tiba “krakk” rasa dan terdengar dari dalam mulut. Bila cuba mengunyah, dia punya sakit tu cuma Allah yang tahu. Terpejam mata sambil tangan digenggam kuat sebab menahan sakit. Muka yang tadinya happy, berubah berkerut kelat.
.
Husband tanya kenapa? Saya cuma dapat jawab “Hiba-hiba hakit gigi bang!” (Tiba-tiba sakit gigi). ? Bahasa pun dah jadi bahasa alien dah. Husband ajak pergi klinik gigi lepas anak-anak siap makan. Sepanjang menunggu tu, saya cuma mampu tengok je. Hilang terus segala selera dan craving yang terpendam selama 5 tahun tu ? Dalam menunggu tu, saya mencari-cari gigi mana yang sakit dengan lidah. Bila lidah terkena tempat tu… Ya ampun, rasa nak jerit kuat-kuat, tapi sabar. Rasa sakit tu berdenyut-denyut sampai naik ke otak ?
.
Anak-anak yang nampak gelagat saya terus minta ayahnya untuk bungkus je balance satay yang ada tu untuk bawa saya ke klinik gigi. Terharu kejap ibu dia ?
.
Husband terus Google “dental clinic” yang paling dekat. Kebetulan terjumpa Klinik Pergigian Medini Metropoint Kajang. Family kami memang dah familiar sangat dengan klinik Medini ni sebab ada banyak branches kat Johor dan selalu pergi sini bawa anak-anak. Cuma tak sangka dah ada kat Kajang..
.
Husband terus drive ke Klinik. Bila sampai tu, terus daftar bagitahu emergency case, tak lama tu dah terus dipanggil masuk ke treatment room. Proses dari mendaftar sampai dipanggil masuk tu sekejap sangat. Walaupun waktu tu baru je ada patient lain yg baru keluar dari treatment room. Kudos to staff nurse & Dentist!???
.
Jadi, bila masuk treatment room dan Dr check, siap X-ray semua, Dr. bagitahu yang gigi garham dah crack sampai ke akar?. Sebab tu rasa sakit sangat. Mungkin crack tu dah lama tapi tak rasa sakit sebab belum sampai ke akar. Almaklumlah, selama ni bawa anak, tapi diri sendiri tak check huhu.
.
Dalam otak saya cuma fikir, “Habis laa rongak aku pasni” ? Tapi waktu tu Dr. bagitahu masih boleh diselamatkan. Dr. sarankan untuk buat rawatan akar untuk hilangkan rasa sakit tu, dan crown untuk baiki dan melindungi permukaan gigi yang retak tu. Cumanya next week kena datang lagi untuk follow up treatment. Tapi since saya duduk JB, Dr. refer saya ke branch klinik yang dekat dengan rumah supaya senang. Nasib baik pergi klinik yang ada branch kat JB uollz.
.
Bila dah siap treatment tu, rasa lega sangat-sangat. Gigi pun dah tak sakit. Cuma still kena hati-hati bila mengunyah, sebab baru lagi kan. Overall, layanan, servis, rawatan semua best. Yang tak bestnya, sebab saya tak puas lagi makan satay kajang yang panas-panas tu ? Dah cakap kat husband nanti kena repeat!?
.
Kesimpulannya, bila bawa anak check gigi tu kita pun check lah sekali ye ibu bapa sekalian. Dah alang-alang tu. Dental emergency ni is not a joke. Dia macam diam-diam je, then tiba masa dia “attack” memang menyesal pun dah tak guna. huhu.
.