Bahasa mudah rawatan akar gigi adalah untuk mematikan gigi tersebut. Proses ia melibatkan pengeluaran saraf akar gigi dan kita bersihkan saluran akar.
Kebaikan Rawatan akar
Tidak perlu cabut gigi .Kes yang melibatkan rawatan akar gigi ini melibatkan dua jenis rawatan sahaja iaitu cabut gigi atau rawatan akar gigi
Proses Rawatan Akar
- Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temu janji bergantung kepada tahap kerumitannya. Radiograf periapikal gigi akan diambil sebelum rawatan bermula. Ini adalah untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah tersebut
- Bahagian enamel dan dentin gigi akan dibersihkan dahulu di mana karies dibuang,seterusnya tisu pulpa yang reput akan dibuang dari kanal akar dan kanal dibentuk dan dibersihkan dengan bahan disinfeksi. Apabila selesai proses pembersihan, ubat dimasukkan ke dalam kanal akar dan kaviti pada bahagian korona gigi ditutup dengan tampalan sementara.
- Pada lawatan seterusnya, kanal akan dibersihkan semula dan ditampal menggunakan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada sebarang tanda dan gejala.
- Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan kanal akar selesai.
Siapa yang sesuai menggunakan rawatan ni?
Bila patient/pesakit mengalami gejala yang menunjukan saluran saraf di jangkiti bakteria. Salah satu lubang yang besar.
Adakah rawatan ini menyakitkan?
Selalunya tidak, kita akan beri bius untuk kebaskan gigi itu. Dalam proses melakukan rawatan akar gigi tidak lah sakit atau kurangnya sakit.
Berapa lama rawatan ini dilakukan?
Kebiasaannya kes mengambil masa 3 minggu, 3 kali temu janji dan 1 temujanji seminggu.
Rawatan akar telah terbukti keberkesanannya dan merupakan satu pilihan rawatan yang baik. Menurut Brown et al. (2003), hampir 16 juta prosedur rawatan akar telah dijalankan pada tahun 1999 dengan kadar kejayaan antara 86% hingga 98% (Friedman et al., 2003). Dengan rawatan yang sesuai dan tahap praktis yang tinggi, kemungkinan besar gigi yang telah melalui proses rawatan akar mampu bertahan untuk seumur hidup. Walau bagaimanapun, ada kalanya gigi yang telah melalui rawatan akar tidak sembuh seperti yang diharapkan. Ia boleh menjadi sakit semula tidak lama selepas rawatan disempurnakan malah beberapa bulan atau tahun selepasnya.
Dr. Naqiuddin
Dental Surgeon, BDS (MALAYA)