denture care

4 Tips penjagaan gigi palsu

1) Letak di tempat yang selamat

Simpan gigi palsu anda di tempat yang selamat terutama jangan letak di tempat yang tinggi supaya tidak jatuh dan mengakibat kerosakkan pada gigi palsu.

2) Bersihkan gigi palsu anda selepas makan

Adalah penting untuk memastikan bahawa sebarang zarah yang longgar dikeluarkan. Ini bukan sahaja akan membantu gigi palsu anda bertahan lebih lama, tetapi ia akan memastikan gusi anda sihat dan selesa

3) Sebelum tidur tanggalkan gigi palsu anda

Untuk memastikan mulut anda bebas bakteria, gusi anda sihat, dan tulang anda tidak berubah dan kuat, pastikan anda menanggalkan gigi palsu anda setiap malam sebelum tidur.

4) Elakkan rendam gigi palsu anda menggunakan air panas

Dengan merendamkan gigi palsu dengan air panas akan mengakibatkan WARP pada gigi palsu anda.