
Tanda Awal Gigi Perlu Rawatan Root Canal: Kenali Simptom Sebelum Terlambat
Kesihatan gigi bukan sekadar tentang senyuman yang cantik, tetapi juga berkait rapat dengan kualiti hidup, tahap keyakinan diri dan kesihatan keseluruhan badan. Dalam banyak kes, masalah gigi yang serius bermula dengan tanda-tanda kecil yang sering diabaikan. Salah satu masalah paling biasa tetapi sering disalahfahami ialah keperluan untuk rawatan root canal atau rawatan saluran akar.
Dalam artikel ini, kita akan huraikan secara terperinci tanda-tanda awal gigi yang memerlukan rawatan root canal, kenapa simptom ini berlaku, risiko jika dibiarkan, serta langkah awal yang boleh kita ambil untuk menyelamatkan gigi daripada dicabut.
Jom kita dengar dentist dari Medini Dental Group bagi pandang……
DR. ARIF – Medini Dental Clinic Taman Sentosa
“Assalamualaikum dan hello semua. Saya Doktor Arif. Sekarang saya doktor di Klinik Medini Sentosa. Saya belajar di University Alexandria dekat Mesir, and pengalaman saya dalam root canal ni saya sudah buat range dua ratus lebih cases, ranging from simple to complex cases lah.”
1) Apakah tanda-tanda utama seseorang perlu buat RCT?
“Okey, kita boleh nampak awal sebenarnya ada beberapa sign lah sebenarnya. Mula-mula memang paling obvious adalah gigi dia sakit teruk terutama bila kita makan ataupun bila kita gigit. And lagi satu, bila kita minum air sejuk ke air panas ke, dia akan rasa sensitif. Itu salah satu.
Lagi satu, dia boleh kadang kadang dia ada bengkak dekat gusi dekat gigi yang perlukan root canal tu gigi yang lubang besar lah contohnya. And lagi satu, kadang-kadang nanah tu boleh nampak daripada luar pun. Dia ada nampak gelembung kat luar muka lah. Kalau ada sign yang simptom awal-awal ni ataupun satu salah satu pun boleh jumpa doktor terus. Kita boleh buat awal, lagi awal lagi bagus lah.”




Kenapa Simptom Ini Tidak Boleh Diabaikan
Mengabaikan tanda-tanda awal ini boleh membawa kepada pelbagai risiko serius, antaranya:
-
Penyebaran jangkitan ke tulang rahang
-
Kehilangan gigi secara kekal
-
Pembentukan abses kronik
-
Masalah sinus
-
Risiko jangkitan sistemik (sepsis)
Lebih awal kita mendapatkan rawatan, lebih tinggi peluang untuk menyelamatkan gigi asal tanpa perlu dicabut.
Fikir Nak Buat Rawatan Gigi? Dapatkan nasihat ringkas dari kami!
Pasukan khidmat pelanggan kami sedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan atau untuk tempahan janji temu.
📲 Klik di sini untuk berbual dengan kami di WhatsApp sekarang dan mulakan langkah pertama ke arah senyuman yang lebih sihat!
[Medini Dental Group – Khidmat Pelanggan]


