Bila hidup bermasyarakat, umpatan orang tu memang tak boleh lari.. Kalau dulu, tak pernah kesah sangat sebab sibuk dengan kerja, tapi bila dah pencen ni makin menjadi-jadi pula kawasan kejiranan ni.
.
Kalau waktu kerja dulu, coffee shop jadi tempat lepak aku dengan client, bila dah pencen ni, surau kawasan rumah ni je laa yang jadi tempat lepak aku. Memandangkan surau ni baru, Imam belum lagi dilantik, jadi kami penduduk laa bergilir-gilir mengimamkan solat.
.
Aku ada tiga orang anak. Yang bongsu, berumur 14 tahun, kakaknya berumur 17 tahun, dan abang yang sulung berumur 19 tahun.
.
Nak dijadikan cerita, anak sulung aku, Putra ni lepasan SPM je. Dah dapat sambung belajar di Universiti swasta tapi tak sempat habis semester tiga, dah quit. Terpengaruh dengan kawan-kawan dia yang lain. Putra cabut.. Bukan dari Uni jer, tapi dari rumah. Dia lari ikut kawan-kawan dia. Dah tak nak belajar, konon nak bekerja dan sara hidup sendiri. Dari sini lah muncul mulut-mulut puaka yang mengumpat pasal family aku.
.
Habis semua perihal keluarga aku diambil tahu dan dijadikan “modal” umpatan. Paling aku tak boleh nak fikir sekali, bila ada yang cakap “Bacaan quran pun tak betul, apa lagi nak jadi imam keluarga.”
.
Kau cuba nak dilantik jadi ketua keluarga aku ke macam mana? Ni bukan PRU bang. Aku pernah dapat turn jadi imam sekali je. Itu pun banyak kali dah tolak. Aku tahu dan aku sendiri sedar bacaan aku tak sempurna. Tapi yang orang tak tahu, bacaan aku jadi kelaut sebab gigi yang dah banyak tak ada. Susah nak sebut huruf tertentu macam ش ,ث ,س dan beberapa huruf lain. Kalau solat sendiri pun aku ulang banyak kali untuk dapatkan makhraj huruf yang betul.
.
Bagi aku, bila tak ada gigi, yang seksa bukannya makan je, tapi seksa nak menyebut Ayat Al-Quran yang betul walaupun kita tahu cara bacaannya.
.
Tapi macam mana pun, agak tak adil untuk orang nilai tahap kepimpinan aku sebagai ketua keluarga hanya berdasarkan kepada bacaan aku waktu jadi imam sekali tu.
.
Aku bukan laa nak sangat dengar buah mulut orang lain, tapi apa yang mereka sebutkan tu ada betulnya.. Ayat Al-Quran yang suci jadi berterabur bila aku baca.
.
Bulan lepas ada seorang sahabat aku suggest untuk dapatkan rawatan dental implant di klinik yang berhampiran. Katanya ni je satu-satu rawatan yang buat kita rasa macam gigi asal.
.
Habis semua klinik gigi kat johor ni aku survey. Nak tahu harga dan paling penting, nak tahu yang mana yang ada servis bagus dan ada Doctor yang dah banyak pengalaman buat Implant ni. Sampai laa aku jumpa Klinik Pergigian Medini. So aku gagahkan diri untuk terus buat. Yang paling best, walaupun treatment ni melibatkan pembedahan kecil, aku tak rasa sakit apa pun. Cuma kena biasakan mengunyah guna gigi baru ni. Bacaan Al-Quran pun makin improve sangat dari sebelum ni. Alhamdulillah.
.
Untuk Putra, dia dah lama pun balik semula ke pangkuan keluarga lepas lebih kurang 2 minggu dia keluar tu. Untuk mulut-mulut puaka tu, aku memang tak mampu nak tutup. Cukuplah aku tahu yang aku dah buat yang terbaik untuk keluarga dan diri aku sendiri.