Waktu muda dulu, rumah kemain riuh lagi dengan gelak tawa isteri dan anak-anak. Sekarang anak semua dah besar.. Dah ada hidup sendiri dan menetap di luar negeri. Suri hati peneman sehidup semati baru sahaja menghadap Ilahi awal tahun hari tu disebabkan covid.
.
Tinggal lah aku si tua kesepian di rumah.. Bila rumah ni terlalu sunyi, teringat balik semua kenangan yang berlaku dalam rumah ni.. Macam mana suka duka aku dan isteri membesarkan anak-anak dari mereka bayi sehinggalah sekarang, mereka dah ada anak-anak sendiri.
.
Sebab itu gembira sangat bila cucu-cucu pulang ke kampung. Sedikit sebanyak dapat rasai semula cebisan kenangan yang aku pernah lalui dulu bersama dengan isteri. Itu lah yang menjadi pengubat rindu kepada si dia selain dari menatap gambar-gambar lama kami di dalam album keluarga..
.
Disebabkan anak menetap di Sarawak, memang jarang sekali mereka dapat pulang. Dan jarang laa dapat berjumpa dengan cucu-cucu aku tu. Dalam setahun tu, boleh bilang dengan jari berapa kali mereka pulang.
.
Bila cucu pulang ke kampung, memang aku ambil kesempatan untuk buat bermacam aktiviti bersama mereka. Layan kerenah mereka dari bangun pagi, sarapan, bermain, sampailah tidur. Buat aktiviti-aktiviti macam ni buat aku rasa arwah isteri dekat dengan aku. Kalau dia ada, dia pun seronok melayan karenah cucu-cucunya ni.
.
Teringat semula peristiwa yang berlaku tahun lepas, waktu arwah ada lagi. Cucu pulang ke semenanjung dan kebetulan hari itu adalah hari ulangtahun kelahiran dia. Atuk dan nenek semangat buat persiapan untuk menyambut hari bermakna bersama-sama. Daripada hiasan, makanan, kek semua atuk nenek siapkan untuk cucu kesayangan.
.
Tapi satu-satunya benda yang buat aku terkilan berlaku sewaktu sambutan berlangsung.. Aku cuma termangu di depan meja makan. Dalam hati tahu, gigi ni tak mampu untuk meratah makanan di depan mata ni kecuali makanan yang lembut seperti kek dan kentang putar KFC yang anak aku belikan.
.
“Atuk makan laa tuk dengan Ayish. Nahh!” Cucu aku bersuara sambil menyuapkan cebisan ayam goreng.
.
Aku ikutkan dan cuba mengunyah perlahan dan berhati-hati. Bila dapat mengunyah tanpa masalah, aku memberanikan diri untuk makan apa yang terhidang. Sehinggalah tiba-tiba.. “Krakkk” seiring dengan rasa sakit yang teramat di bahagian gigi garham.
.
Waktu tu arwah isteri perasan memek muka ku yang berubah dan berkerut terus tanya keadaan aku dan sejurus lepas itu terus mencapai tudung untuk bawa aku ke klinik gigi yang berdekatan. Cuma dia sahaja yang tahu keadaan aku..
.
Kebetulan kawasan rumah ni dekat dengan Klinik Pergigian Medini cawangan Taman Sentosa. Aku terus dibawa kesana bagi tujuan rawatan. Doktor terpaksa cabut gigi garham disebabkan dah rosak teruk. Beliau syorkan untuk buat rawatan implant gigi untuk menggantikan gigi yang dah dicabut. Oleh sebab harga yang agak keras, aku minta izin untuk berbincang dengan isteri dahulu walaupun isteri ada dalam bilik rawatan waktu tu.
Sepanjang perjalanan pergi dan pulang satu-satunya benda yang bermain di benak fikiran aku adalah kesiankan isteri yang tak dapat bersama-sama menyambut hari bermakna cucunya..
.
“Abang, kenapa tak buat je terus implant tu?” Isteri aku membuka mulut.
.
“Mahal laa yang.. Lagipun mesti sakit. Dia drill kat tulang tu” Kata aku
.
“Bang, buat je la. Bayar lebih sikit, tapi boleh guna lama. Sakit pun kejap je. Nak makan senang, ibadah pun tak terganggu. Bayaran kecil untuk kembalikan semula nikmat yang Allah beri sebelum ni”
.
“Okay lah. Esok kita datang balik. Kalau buat terus tadi takut lambat. Kesian cucu menunggu” Balas aku.
.
Setiba sahaja di rumah, kelihatan menantu aku dah kemas-kemas meja. Cucu pun dah selesai makan.. Menandakan sambutan hari lahirnya dah pun berlalu.. Dan disebabkan aku, isteri terlepas sambutan tu. Semua sebab aku..
.
Disebabkan cair dengan pujukan isteri yang tercinta, aku lanjutkan dengan rawatan implant yang dicadangkan Doktor. Dan disebabkan itu juga, sehingga ke hari ini, aku bersyukur kerana menurutkan permintaan arwah isteri..
.
Walaupun sedikit terkilan tak dapat menyambut hari penting cucu bersama dengan dia, kini aku boleh mencurahkan segala kasih sayang, buat apa segala aktiviti dengan cucu seperti mana arwah isteri pernah buat dahulu..
.
Bagi aku, setiap nikmat yang kita ada ini adalah pinjaman Allah. Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita ada tu adalah suatu nikmat, sampailah tiba masa nikmat itu ditarik.. Maka hargai setiap apa yang kita ada. Setiap penyakit ada ubatnya. Maka rawatlah semampunya. Kerana penyakit fizikal itu boleh dirawat, sedangkan sakit merindui orang yang tercinta itu tidak terubat..